Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020 VERSI DEMO)

Pengumuman tarikh rasmi Pro Evolution Soccer 2020 versi demo dan full akan dilancarkan


Berita baik buat pencinta dan peminat tegar permainan video konsol mahupun PC berunsurkan bolasepak khursusnya Pro Evolution Soccer ataupun PES. KONAMI dengan rasmi telahpun mengesahkan bahawa DEMO untuk PES 2020 akan dilancarkan dan dapat dimainkan secara percubaan atau DEMO pada bulan ini.

Pes 2020
Sumber : Konami

PES 2020 dalam versi pengenalan atau demo ini akan dapat dimainkan pada konsol Playstation 4 dan XBOX One juga dikatakan akan dapat dimainkan pada PC

Pihak KONAMI juga mengumumkan tanggal 30 Julai 2019 adalah tarikh dimana PES 2020 akan dapat di muat turun pada laman web terkenal bagi para pencinta permainan video iaitu STEAM, juga pada hari yang sama ia dapat dimainkan pada konsol Playstation 4 dan Xbox One.



Sumber : Konami

Untuk versi ini PES 2020 akan menampilkan mod permainan "Quick Play" dan "Co-op" serta mod merubah atau mengedit pemain dan kit pasukan.

Buat versi demo PES 2020 sebanyak 14 pasukan yang akan dapat dimainkan, lebih banyak dari versi demo yang sebelumnya. Ia merangkumi 14 pasukan termasuk FC Barcelona, ​​Arsenal FC, Palmeiras, Flamengo, Sao Paulo, Kelab Sukan Corinthians Paulista, Vasco da Gama, Boca Juniors, River Plate, Universidad de Chile dan Colo-Colo. Tiga lagi pasukan belum dapat dipastikan oleh pihak KONAMI.

Sumber : Konami

PES 2020 akan hadir dengan beberapa pernambahbaikan dari PES 2019 atau yang sebelumnya, seperti kemahiran mengelecek "dribbling" yang akan tampil dengan dinamik baharu serta mod "MASTER LEAGUE" yang akan dirombak sepenuhnya. Tentunya ia sesuatu yang akan dinantikan dengan penuh keterujaan bagi para peminat PES 2020 ini.

Informasi yang diperoleh dari laman web rasmi konami, PES 2020 akan dilancarkan dalam versi penuh pada 10 September 2019 diketiga tiga platform Playstation 4, XBOX One dan juga PC.





0 Response to "Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020 VERSI DEMO)"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel